Assalamualaikum.....
Hanya diruangan ini mampu ku coretkan apa yang terbuku dihati.......
Diri ini masih tertanya-tanya...salahkah aku berterus terang?salahkah jika niatku itu untuk menolongnya...sedangkan dia juga telah meminta pertolongan dari ku?
Sebelum dia mendapat peluang kedua tu lagi aku telah jelaskan semuanya...telah ceritakan segalanya...sehingga akhirnya dia mendapat peluang itu...dia juga telah berjanji dengan ku akan menjaga hunbungan itu dengan baik..
Telah ku pinta agar dia berlaku jujur dan berterus terang segalanya..Tidak kah dia tahu itu yang seorang wanita harapkan?? Seorang wanita yang amat kasih kn dia...seorang wanita yang sebenarnya menantikan dirinya sekian lama..yang mengharapkan penjelasan darinya..yang mengharapkan kejujuran darinya..Adakah sukar untuk dia sebagai seorang LELAKI untuk melakukannya...???
Ku tahu kau perlukan ruang dan peluang...tapi berapa lama lagi?? berapa lama lagi dua jiwa itu harus kau seksa?tidak kasihankah kau pada mereka?aku jua seorang wanita...sesungguhnya ku jua merasakan apa yang mereka rasa...
Kenapa kau bermain api sedangkan kau sendiri sebenarnyya takut untuk menghadapi akibatnya nanti??untuk apa?kenapa?untuk puaskan dirimu sendiri?puaskah, bahagiakah dirimu mempermainkan wanita begitu?satu kebanggaankah?ku tahu dirimu amat kasihkan wanita...tapi berpadalah..
Mungkin kau akan katakan.."tu la perempuan tak pernah nak faham lelaki..tak pernah nak tahu ape sebenarnya lelaki nak..."dan macam-macam lagi..tapi pernahkah kau tahu apa yang seorang wanita inginkan?pernah kau ambil tahu?
Kenapa kau mahu lari dari cerita yang kau cipta?kenapa kau tak mahu hadapi dan meminta penjelasan dariku?kenapa kau terus berdiam?adakah dengan berdiam itu semua benda boleh diselesaikan?kalau boleh ku jua ingin berbuat begitu...kalaulah.....
Sekarang ini sudah 3 hari berlalu...hari ini sudah masuk hari ke 4...tidak kau membalas message ku..kau terus berdiam membisu..apakah hukumnya kalau berterusan begitu?engkau sendiri pun tahu...
Sesungguhnya ketahuilah kau bahawa ku kasih kan dirimu seperti darah dagingku sendiri. Tidak pernah terlintas dihati ini untuk menjadi "pagar makan padi"....sungguh sedih rasanya diri ini dianggap sebegitu...kemanakah nilai diriku dihadapan mu?hanya disebabkan aku ingin berlaku jujur..ingin membantumu aku dilabelkan begitu..niatku telah disalah ertikan..
Buat si kekasih hatinya..kenapa kau tidak memahami maksud sebenarku??kenapa terburu-buru membuat keputusan itu?ku tahu jiwa mu terseksa...sudah lama terseksa dan memendam rasa..tapi ketahuilah ku tiada niat berbuat begitu..ku berterus terang atas permintaan mu...ku ceritakan segala agar kau tahu dan terima segala baik dan buruk dirinya...kerana ku tahu kau memerlukan pengertian itu...kerana ku tahu itu adalah hak mu untuk tahu....kerana ku tahu kau amat kasihkan dirinya dan akan terima dirinya seadanya..tapi kenapa begini jadinya...ku harapkan dirimu dapat membetulkan keadaan...dapat membuat dirinya menjadi lelaki yang kau harapkan....ku tahu ianya sukar..kalau tuan punya diri sukar menerima teguran,sukar mengakui kesalahan...ku tahu bukan salahmu...tapi salah dirinya yang tidak tahu menghargai dirimu..sabarlah...hanya itu sahaja yang mampu ku katakan dan ku lakukan...
Kini...ku serahkan segalanya pada Tuhan...ku hanya mampu berdoa...agar ini bukan pengakhiran...jika ku bersalah maafkan lah...kerana ku jua manusia seperti mu...dan...ketahuilah...kamu tetap adikku dunia akhirat...
0 comments:
Post a Comment