Saturday, October 31, 2009

....PeRanG....!!!!!.....

Asslamualaikum.....

ExaM!!!!!

HEHEHE.....


Bukan berperang ape.....berperang nk menghadapi peperiksaan...hikhik (^_^)

Sekarang ni tengah musim final exam...yg nk SPM...yg kt ipt plak ngah sibuk final exam for the end of semester...


Macam2 ragam  la yg dpt kite tgk....sebabnya sy juga pernah merasainye....heheh...bile ingat balik seronok plak rasanye...rasa mcm nk blaja lg je......insyaALLAH...dlm perancangan...hehe


Time exam ni mcm2 la gelagat student...ada yg trauma...tertekan..bimbang...takut nk mghadapi peperiksaan....ada yg sampai x ingat nk mkn...ada yg "memerap" je dlm bilik...mcm2 la..hehehe

Tapi sebenarnye..time2 exam ni la yg uniknye...students jd lebih fokus dan serius..klu sebelum exam dlm kelas nk x nk je blajar...tp bila nk exam...time tu la serius giler tumpukan perhatian nk blajar...dan masa tu la libry penuh...(sblum2 exam lengang je)heheh...student time tu la rajin jumpe lecturer...ada study group...ade gak yg bernomad kt umah kwn2 semata2 nk blajar...kdai photostat keuntungan berganda masa tu..sebab masing2 sibuk nk photostat nota kwn...nota lcturer...past year paper...n mcm2 lg la....

Ape yg pntg kite mesti ada target....bila ade target...segala usaha kite akan menuju ke arah itu...Strategi mesti ada....strategi sblum exam...strategi masa exam..n strategi  lepas exam....kita kene bijak mengawal emosi kite..jaga kesihatan...dan yg penting restu ibu bapa tu yg penting...mintalah mereka mendoakan kejayaan kite...doakan kite mudah dan tenang menjawab soalan n sebagainya...klu boleh setiap sbjek yg nk di ambil exam..setiap kali tu la kita call ibu bapa atau family kite..minta mereka mendoakan kite....dan satu lg yg pntg minta pensyarah mghalalkan ilmu yg dicurahkn....minta maaf dgn mereka....minta restu dan doa mereka juga....n minta maaf kat semua org jugalah....kt kawan2 n sbgnya..




Untuk rakan2 , adik2 yg bakal dan sedang menghadapi peperiksaan...sy ucapkan selamat berjuang...tenang2kn diri anda...kerana jika kite tenang apa yg kite lakukan akan menjadi mudah...sertakan jua dengan kesabaran...keikhlasan...dan akhir sekali iringi segala usaha kite dengan doa yg kudus kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....


GOOD LUCK!!!!!!!


 




...Puding Diraja....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...selesai sudah buat puding diraja yang ditempah untuk hidangan makan beradap pengantin..Alhamdulillah rezeki dari ALLAH...orang yang menepah sudah pun datang mengambil....dan alhamdulillah nampaknya beliau berpuas hati......dan harap akan disukai ramai...hikhik(^_^)

Hari ni dan semalam tak berapa nak sihat sebenarnya...huhuhu...maklumlah sakit orang perempuan tiap-tiap bulan.... Tapi alhamdulillah dapat jua siapkan tempahan puding tu....

Kawan-kawan suruh upload gambar puding tu....tapi maaflah kawan-kawan saya tak sempat nak ambil gambar puding tu...huhuhu....nanti bila saya buat lagi saya upload gamabr puding tu ye....hehehe...tak ada apa yang menarik pun...puding tu pun biasa-biasa je..lagi pun saya bukan pandai mana pun...baru belajar lagi...nak resepi hubungi saya ye....^_^




Ini Bukan PUding Tapi Ini SpoNgeBob...hikhik....puding tu ade la gak rupenye cam dia ni....warne kuning2...^_^




Friday, October 30, 2009

.....Baca Dan Sebar....


Assalamualaikum......


Sangat berterima kasih kepada sahabat saya Nadiah Binti Yusof yang mengemelkan amaran ini...kepada semua sebarkanlah kepada setiap insan yang anda sayangi.........





BACA DAN SEBAR

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!! !

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.


"AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI - HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.











Thursday, October 29, 2009

....Alhamdulillah.....

24 Oktober 2009

 ThaT's My DaY!!!!!

Assalamualaikum.....

Dah lama rasanya tak update blog ni...hehehe....maklum la sibuk dengan convocation....alhamdulillah semuanya berjalan lancar.....

Syukur kepada Allah segala yang saya impikan...apa yang saya usahakan sepanjang tempoh saya belajar akhirnya membuahkan hasil....akhirnya sampai ke kemuncaknya....setelah bertahun-tahun belajar...alhamdulillah dapat juga saya merasa mempunyai segenggam ijazah...

Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada keluarga saya tercinta terutama atuk(Abd Jalil bin Abd Samat)...mak(Noraziah Bt Abd Jalil)...ayah(Md Yunos Abd Jalil)...n mama(Rosnah Dardak) yang banyak membantu, mendoakan dan memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada saya...mereka yang banyak berkorban untuk saya...SAYANG KAMU SEMUA....Kepada semua pensyarah dari pensyarah diploma saya hinggalah pensyarah ijazah saya...jutaan terima kasih saya ucapkan kerana telah mencurahkan ilmu kepada saya..JASA MU DI KENANG.....dan kepada KAWAN2 yg setia bersama, dan byk membantu .....hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kamu semua.....





 ....Me.....happy.......(^_^)




 My FAmilY x SemuA Ade....LUv Them VerY Much...Muaaaahhh!!!!



 
My LOve My AtuK


 
 My AyaH...LuV U...


 
 My MAma...CayAng Kamu




 
 MY Sis...Luv U 2





 
 DeWan Sri BudiMAn...UiTM SHah AlaM



 
MinE....!!!!




 
My FloweRs




 
 My BEars



 My picca2....hehehe......tu saje yg dpt dikongsikan kt blog ni...nk tgk lg...tgk kt FB sy ye......hehehe

Sampai di sini dulu......nnt2 cite lain plak ye....daaaaaaaaaaaa.....(^_^)



I'M VERY HAPPY!!!!!!

~UiTM Di Hatiku~
















Thursday, October 22, 2009

....Cinta Kampus.....





Cinta Kampus : Matlamat Halalkan Cara
www.iluvislam.com
Tuan Mohd Reza
Editor: RosNiza Abdullah

Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah kalian.

HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala. ameen....

Wednesday, October 21, 2009

....Saya Sudah berada di KL.....

Assalamualaikum....

Hari ni pagi2 td dah bertolak g umah ayah...emmm....
cm biasa xde perasaan ape2....hahahahah...
coz saya ni x suke tmpt2 yg sesak2 ni...suka tmpt2 yg damai n tenang...faham2 la hidup kt bandar trutama KL ni kn...sgt2 la sesak...thats why la x bape nk gemar...hehehe

My prog :

22 Oct :  x tau wat pe...duk umah je kut..x pun g facial muka n shoping...hehehe

23 Oct : 8.00 a.m, pg uitm shah alam..amik jubah..raptai

24 Oct : 7.00 a.m g shah alam KONVO.........hahaha

25 Oct : BALIK!!! x sabar nk balikkkkkkkk


That's alllllllllllllllllllllllllllllllllllllll....daaaaaaaaaaaaa (^_^)

Sunday, October 18, 2009

....Resah???....

Asslamualaikum....

Sebenarnya x tau nak tulis ape kt blog hr ni...tp untuk tatapan semua,terutama untuk adik2 ku yg bakal menghadapi final exam x lama lg..sy nk kongsi la TIP2 UTK MENCAPAI KESENANGAN DAN MENGHINDARI KERESAHAN bila menghadapi exam tu nnt ye...

Ada 8 tip yg ingin dikongsi bersama...

Dari Umar RA.....:


  1. Siapa yg meninggalkan cakap yg berlebihan, dianugerahkan kepadanya kebijaksanaan.
  2. Siapa yg meninggalkan pandangan yg berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusukkan hati.
  3. Siapa yg meniggalkan ketawa yg berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatandalam dirinya.
  4. Siapa yg meninggalkan makan yg berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan beribadah.
  5. Siapa yg meninggalkan gurauan, dianugerahi kepadanya keindahan budi bahasanya.
  6. Siapa yg meninggalkan cinta kepada dunia, dianugerahi kepadanya cinta kepada akhirat.
  7. Siapa yg meninggalkan kesibukan menghitung aib orang lain, dianugerahi kepadanya kesempatan untuk memperbaiki diri sendiri.
  8. Siapa yg meninggalkan menyelidiki tentang bagaimana keadaan ALLAH SWT, maka dia akan dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.


Segalanya mudah dan indah jika kita patuh pada perintah ALLAH...Segalanya mudah dan indah jika kita sabar dan ikhlas dalam melakukan semua perkara...Segala usaha yang kita lakukan sertakanlah dengan doa sepenuh jiwa..Yakinlah bahawa ALLAH mengetahui apa yg terbaik untuk  kita...


Saturday, October 17, 2009

....Semalam......

Assalamualaikum......

INI CERITA SEMALAM.....heheheh

Semalam...pagi2 dah bersiap g klinik...bwk atuk g klinik...atuk demam...huhuhu
Ermmm.....hr tu g spital...semalam g klinik...asik jumpe makcik baju putih je la.....
hehe...xpe yg penting sihat...
Alhamdulillah...atuk ku cume demam biasa...demam penat layan cucu time raye ni kut...hehe
Risau gak klu H1N1 ke...haissssssssssssh...mintak dijauhkan la...
Semalam cek semua tekanan darah..semua2 la...alhamdulillah...semuanye OK!!!!
TQ ALLAH.....LOVE U SO MUCH!!!




Atuk ku yg segak lg encem...hehehe..
~telah ku pakse utk posing depan poster tu.....hikhik...diriku cucu yg nakal...lalalala~


ITU SAJELAH CITE SEMALAM

cite hari ni....nnt2 la ye....nk g sambung wat keje umah plak...nak masak n sbgnye.....rutin harian kt umah ni le......ok...daaaaaaaaaaa..... ;)





Thursday, October 15, 2009

....S.E.P.I.T.A.L...............

Apakah tempat paling tak best yang pernah kamu lawati???
hahaha....Jawapan saya adalah...HOSPITAL...arggggggggh!!
hehehehe....




~ Cume nak bg tau HOSPITAL adalah tempat yang XBEST!!!~
hohohohohoho!!!


*Psstttt...hehee..yg bestnye jumpe doctor encem... ;)




Sunday, October 11, 2009

....Sahabat.....






~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~



 Rindu Kamu Semuaaaaaaaaaaaaa......!!!!


 
 My x-Housemate....Love U Very Much!!!


" Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku...Sahabat yang baik adalah sering denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas matiku...Ku hulurkan tangan kepada mu sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri...Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..." (Imam Shafie)




~ Apabila temanmu berubah dan berubah keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia, kerana kadang-kadang ia membengkok dan kadang-kadang ia melurus. Mungkin lebih lurus dari kamu ~

 


~ Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 ~ Lagu Untuk Mu....SAHABAT..... ~


Sahabat
ingatkah engkau akan semua
yang kita lalui bersamaku masa terindah
tersimpan dan tak terlupakan
kita hadapi hujan badai
melangkah dan berlari terus menerjang impian kita
Slalu kita percaya


Kita untuk selamanya
menjalani semua
Terhempas, terjatuh terluka
tertawa berbagi cerita
kita untuk selamanya


Pernahkah waktu kangen ku saat ku jatuh
kau kembalikan semangatku kembali melangkah
gapai impian indah


Bahagia senantiasa warnai tangis kita
ku percaya
akan kita meraih segalanya …


Kita untuk selamanya
menjalani semua
Terhempas, terjatuh terluka
tertawa berbagi cerita
kita pasti bahagia







Saturday, October 10, 2009

....Erti Sebuah Tangisan.....

Assalamualaikum....


Hari ini nak membicarakan tentang erti sebuah tangisan....mcm2 tangisan yang ada kt dunia ni kan...yang betul2...yang pura2...mcm2 la....tapi yang paling penting biarlah tangis kita itu kerana menginsafi segala dosa kita yg telah kita lakukan dengan sebenar2 insaf kepada ALLAH...


Di bawah ni ada artikel yang sy ingin kongsikan bersama semua...


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis:

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
 
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendo nggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,

“Manis sungguh air ini.”

Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

“Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan . Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus. kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.


~ riwayat dari Salman al Faarisi ~

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.” sampaikanlah walau satu ayat” al hadis





heheheee.............jangan menangis lagi ye laili..............



Friday, October 9, 2009

....Pergilah Dari Sisi ku.....

Pergilah duka....Pergilah lara....Pergilah kau dari sisi ku....

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa yang mujarab dan penuh ketulusan...Doa untuk menghilangkan kedukaan, kecemasan, dan kesedihan.......




Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik 'Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik 'Arasy yang mulia. Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada Tuhan selain Engkau, dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan.

Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih-sayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau...

Aku memohon ampun kepada Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya..

Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang telah berbuat zalim..

Ya Allah sesungguhnya aku adalah hambaMu yang anak dari hamba lelaki dan hamba perempuanMu. Hidupku dan di tanganMu. Telah berlalu qadhaMu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang dengannya Engkau namakan diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam kitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seorang di antara makhlukMu (NabiMu), atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisiMu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Qur'an sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang(jahat)..

Cukuplah Allah bagi kita dan Dia adalah sebagai sebaik-baik Pelindung.....

(Ali-'Imran : 173)

Thursday, October 8, 2009

....Kesedihan Yang Panjang......

Assalamualaikum....

Sungguh sedih rasanya diri ini...kesedihan yang panjang yang kurasa tidak pernah sudah untuk diri ini...

Hari ini, atau lebih tepat malam tadi satu lagi berita sedih telah ku terima..Atuk sedara ku meninggal dunia..Ya ALLAH...sekali lagi dugaan Mu,menguji diriku..

Al-fatihah..buat arwah atuk sedara ku..Mejar(B)Hj Mustaffa Bin Hj Said...semoga rohnya dirahmati ALLAH..dan di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman..Amin..

Malam tadi setelah terima berita kami2 di rumah ini terus membacakan surah yassin untuk arwah..tapi baca sendiri2..sebab masing2 melayan kesedihan sendiri..sedih tengok atuk..seorang lagi saudaranya telah kembali kerahmatullah..Ya ALLAH kau panjangkan lah usia atuk ku....

Atuk dah berangkat pergi KL kul 4 pagi tadi..atuk pergi umah ayah saya dulu..pastu nanti pergi rumah arwah dengan ayah..Kami sekeluarga amatlah rapat dengan arwah..arwah seorang yang sangat baik..walaupun seorang yang berkedudukan..tapi beliau tak pernah meninggi diri..

Ya ALLAH...dugaan Mu tak pernah sudah untuk ku...ku berharap aku akan terus tabah menghadapi setiap ujian Mu pada ku..

Cukuplah sampai disini coretan ku ini...dah tak larat sangat dah ni..mata dah sembab..air mata pun dah tak leh nak keluar lagi..tidak tidur sepanjang malam..harap kejap lagi boleh melelapkan mata..ku harap bila ku bangun nanti aku kembali menjadi kuat dan tabah...

Wednesday, October 7, 2009

....Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda....


Masih lagi dalam mood raya...hehehe....so hari ni lirik lagu untuk hari ini adalah..............seperti di bawah...hehehe (^_^)


Lirik Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda – Hujan & Raihan

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
Di Aidilfitri,Di Aidilfitri


Tuesday, October 6, 2009

....Selamat Ulang Tahun Sayang.....



Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mak.....
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
Semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama mu....
Adik sayang mak dunia dan akhirat...


Terima kasih mak...
kerana mak telah membesar dan mendidik adik dari kecil hinggalah sekarang..
kasih sayang yang tidak berbelah bagi walaupun diri adik ini bukan anak kandung mak..
walaupun diri ini bukan keluar dari rahim mu...kasih sayang mu tak pernah kurang walaupun mempunyai anak kandung mu sendiri...

Tidak dapat ku membalas semua jasa mu mak...hanya yang dapat ku berikan kasih sayangku..dan membuat mu bahagia dan berbangga dengan diri dan kejayaan ku...InsyaALLAH..


Ya ALLAH..ampun kanlah dosa mak ku...tetapkanlah imannya hanya pada Mu..peliharalah dia dari kemungkaran Mu....Kau berikanlah kesihatan pada mak ku...berikan kebahagian pada dirinya....kurniakan lah rahmat Mu pada dirinya....hanya pada Mu aku memohon...
SESUNGGUHNYA AKU AMAT MENYAYANGINYA


TERIMA KASIH MAK.......
MAK LAH MAK ADIK DUNIA DAN AKHIRAT





 

Monday, October 5, 2009

....Tahajjud Cinta.....

Assalamualaikum...... 

malam ni saje nak kongsi lirik lagu ni...coz amatlah tertarik dengan liriknya...selamat menghayati la ye......


Lirik Lagu Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak cinta yang ku damba
tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud