Thursday, May 27, 2010

Ohhh...Hidung ku...hukhuk

OLeh kerAna...diRiku SeRinG DilaAnDA SelSeMA..
MAKANYA....PELBAGAI INFO TELAH KUCARI...hukhuk
.......mari baca bersama.......
 . . . a d u h a i    l a   h i d u n g . . .





Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan.

-----------(orang dewasa 4 kali setahun???? ni dah lebih 4 kali nihhhhhh!!!!huhuhuhuuuu)--------------

Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.

Tanda-tanda selsema

sakit tekak


• sakit kepala dan sakit badan


• mata berair


• demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)


• hidung berair


• hidung tersumbat


• batuk, selalunya tanpa kahak

Rawatan

Selalunya selsema akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu. Apa yang anda perlukan ialah rehat yang mencukupi dan pengambilan air yang banyak.

Rawatan selsema bergantung kepada tanda-tanda yang dialami. Pengambilan anti-biotik untuk merawat selsema adalah tidak betul. (Sila lihat rencana penting mengenai anti-biotik dengan meng’klik’ di sini).

Tanda dan Rawatan..

  • Sakit tekak ==> Ambil lozenges untuk dihisap. Dequadin, Strepsil, Troches dsb. Untuk yang lebih kuat seperti Strepsil Dual Action, Difflam, Pharynx longes dsb boleh didapati dari farmasi.

  • Hidung berair / bersin / gatal ==> Ambil anti-histamine dari farmasi atau klinik. Ada anti-histamine yang menyebabkan mengantuk dan ada yang tidak.

  • Hidung tersumbat ==> Anda boleh mengambil decongestant seperti pseudoephedrine. Antara jenama ternama ialah Sudafed. Ada kalanya ubat selsema mengandungi anti-histamine dan decongestant 2-dalam-1. Decongestant tidak boleh diambil semasa ingin tidur kerana ia menghilangkan rasa mengantuk anda, oleh itu anda mungkin sukar untuk tidur.Orang yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi tidak boleh mengambilnya. Ahli sukan juga mungkin tidak dibenarkan mengambilnya kerana sifatnya yang berbentuk stimulant (menyebabkan anda rasa lebih aktif). Penggunaan nasal spray yang disembur ke dalam hidung untuk merawat hidung tersumbat tidak boleh diamalkan lebih daripada 5 hari kerana ia akan menyebabkan rebound congestion di mana keadaan akan menjadi lebih teruk.

  • Batuk ==> Ambil ubat batuk yang mengandungi codeine atau dextromethorphan. Ia hanya boleh didapati di farmasi atau klinik.

  • Kahak ==> Ambil ubat yang boleh memecahkan kahak seperti bromhexine dsb.

  • Demam ==>Ambil paracetamol / acetaminophen seperti Panadol dsb. Aspirin juga boleh diberi, tetapi ia tidak sesuai untuk yang berusia 18 tahun ke bawah.Sesetengah ubat selsema yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi paracetamol. Jangan ambil paracetamol dari sumber yang lain kerana dos yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan anda.

Langkah-langkah pengawalan dan pencegahan

• Selalu basuh tangan anda. Ini kerana virus selsema boleh membiak melalui sentuhan.


• Jauhkan dari orang yang kena selsema, terutamanya bila dia batuk atau bersin.


• Jauhkan diri dari tempat yang sesak.


• Orang yang mempunyai sistem imune (immune system) yang kuat, kurang dijangkiti selsema. Sila lihat di bawah.


Pemakanan yang baik untuk diambil semasa selsema, atau untuk menguatkan immune system anda ialah :


• vitamin C 1,000mg sehingga 3,000mg sehari.


• vitamin A. Dos yang tinggi sehingga 50,000 iu boleh diambil tetapi tidak boleh diambil untuk jangkamasa panjang. Untuk jangkamasa panjang, ambil beta-carotene. Beta-carotene akan ditukar kepada vitamin A bila badan anda memerlukannya dan ia tidak merbahaya sekiranya melebihi dos.


• B6 dan B kompleks.


• zinc dan zat besi (iron).


• herba echinacea.


• bawang putih (garlic).


• fatty acid seperti yang terdapat dalam cod liver oil.


• cider vineger.



Anda harus mengurangkan pengambilan :

• susu atau makanan dairy yang lain


• pisang


• gula


• kafein



Bayi dan kanak-kanak

Immune system bayi dan kanak-kanak agak lemah berbanding orang dewasa. Oleh itu mereka lebih kerap mendapat selsema.

Sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami hidung tersumbat, anda boleh cuba menyedutnya keluar menggunakan alat nasal aspirator yang dijual di farmasi. Sekiranya hingusnya agak pekat, cairkannya menggunakan air suam yang dicampur sedikit garam.

Bayi yang lebih kecil hendaklah ditidurkan meniarap. Ini membolehkan pengaliran hingus yang lebih baik.

Akibat-akibat lain dari selsema

Selsema yang agak lama boleh menyebabkan kesan-kesan yang agak serius. Antara penyakit yang boleh dihidapi ialah bronchitis, layngitis, otitis media (berlaku jangkitan dalam telinga), sinusitis. Selalunya terdapat jangkitan kuman (bakteria), dan ini memerlukan pengambilan anti-biotik. Selain daripada itu, pesakit asma mungkin akan merasa lebih teruk.

Sila dapatkan rawatan lanjut sekiranya :

• anda mengalami kesukaran bernafas.

• demam yang kuat dan melebihi daripada seminggu.

• sakit telinga.

• sakit kepala yang kuat.

• lymph nodes (contohnya di bahagian leher) membengkak.



Flu....

Selsema adalah berbeza daripada influenza (flu). Flu adalah lebih merbahaya dan cara rawatannya adalah berlainan. Di samping rawatan, anda juga boleh mendapatkan imunisasi terhadap flu.

Sakit kepala dan badan yang lebih kuat dan batuk yang lebih teruk mungkin tanda-tanda flu. Tanda-tanda seperti hidung berair, hidung tersumbat dan sakit tekak lebih jarang terjadi jika dijangkiti flu berbanding selsema. Bagaimanapun, adalah penting untuk anda membuat rawatan lanjut sekiranya anda mengsyaki anda dijangkiti flu.






0 comments: