Thursday, May 27, 2010

Ohhh...Hidung ku...hukhuk

OLeh kerAna...diRiku SeRinG DilaAnDA SelSeMA..
MAKANYA....PELBAGAI INFO TELAH KUCARI...hukhuk
.......mari baca bersama.......
 . . . a d u h a i    l a   h i d u n g . . .





Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan.

-----------(orang dewasa 4 kali setahun???? ni dah lebih 4 kali nihhhhhh!!!!huhuhuhuuuu)--------------

Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.

Tanda-tanda selsema

sakit tekak


• sakit kepala dan sakit badan


• mata berair


• demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)


• hidung berair


• hidung tersumbat


• batuk, selalunya tanpa kahak

Rawatan

Selalunya selsema akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu. Apa yang anda perlukan ialah rehat yang mencukupi dan pengambilan air yang banyak.

Rawatan selsema bergantung kepada tanda-tanda yang dialami. Pengambilan anti-biotik untuk merawat selsema adalah tidak betul. (Sila lihat rencana penting mengenai anti-biotik dengan meng’klik’ di sini).

Tanda dan Rawatan..

  • Sakit tekak ==> Ambil lozenges untuk dihisap. Dequadin, Strepsil, Troches dsb. Untuk yang lebih kuat seperti Strepsil Dual Action, Difflam, Pharynx longes dsb boleh didapati dari farmasi.

  • Hidung berair / bersin / gatal ==> Ambil anti-histamine dari farmasi atau klinik. Ada anti-histamine yang menyebabkan mengantuk dan ada yang tidak.

  • Hidung tersumbat ==> Anda boleh mengambil decongestant seperti pseudoephedrine. Antara jenama ternama ialah Sudafed. Ada kalanya ubat selsema mengandungi anti-histamine dan decongestant 2-dalam-1. Decongestant tidak boleh diambil semasa ingin tidur kerana ia menghilangkan rasa mengantuk anda, oleh itu anda mungkin sukar untuk tidur.Orang yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi tidak boleh mengambilnya. Ahli sukan juga mungkin tidak dibenarkan mengambilnya kerana sifatnya yang berbentuk stimulant (menyebabkan anda rasa lebih aktif). Penggunaan nasal spray yang disembur ke dalam hidung untuk merawat hidung tersumbat tidak boleh diamalkan lebih daripada 5 hari kerana ia akan menyebabkan rebound congestion di mana keadaan akan menjadi lebih teruk.

  • Batuk ==> Ambil ubat batuk yang mengandungi codeine atau dextromethorphan. Ia hanya boleh didapati di farmasi atau klinik.

  • Kahak ==> Ambil ubat yang boleh memecahkan kahak seperti bromhexine dsb.

  • Demam ==>Ambil paracetamol / acetaminophen seperti Panadol dsb. Aspirin juga boleh diberi, tetapi ia tidak sesuai untuk yang berusia 18 tahun ke bawah.Sesetengah ubat selsema yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi paracetamol. Jangan ambil paracetamol dari sumber yang lain kerana dos yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan anda.

Langkah-langkah pengawalan dan pencegahan

• Selalu basuh tangan anda. Ini kerana virus selsema boleh membiak melalui sentuhan.


• Jauhkan dari orang yang kena selsema, terutamanya bila dia batuk atau bersin.


• Jauhkan diri dari tempat yang sesak.


• Orang yang mempunyai sistem imune (immune system) yang kuat, kurang dijangkiti selsema. Sila lihat di bawah.


Pemakanan yang baik untuk diambil semasa selsema, atau untuk menguatkan immune system anda ialah :


• vitamin C 1,000mg sehingga 3,000mg sehari.


• vitamin A. Dos yang tinggi sehingga 50,000 iu boleh diambil tetapi tidak boleh diambil untuk jangkamasa panjang. Untuk jangkamasa panjang, ambil beta-carotene. Beta-carotene akan ditukar kepada vitamin A bila badan anda memerlukannya dan ia tidak merbahaya sekiranya melebihi dos.


• B6 dan B kompleks.


• zinc dan zat besi (iron).


• herba echinacea.


• bawang putih (garlic).


• fatty acid seperti yang terdapat dalam cod liver oil.


• cider vineger.



Anda harus mengurangkan pengambilan :

• susu atau makanan dairy yang lain


• pisang


• gula


• kafein



Bayi dan kanak-kanak

Immune system bayi dan kanak-kanak agak lemah berbanding orang dewasa. Oleh itu mereka lebih kerap mendapat selsema.

Sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami hidung tersumbat, anda boleh cuba menyedutnya keluar menggunakan alat nasal aspirator yang dijual di farmasi. Sekiranya hingusnya agak pekat, cairkannya menggunakan air suam yang dicampur sedikit garam.

Bayi yang lebih kecil hendaklah ditidurkan meniarap. Ini membolehkan pengaliran hingus yang lebih baik.

Akibat-akibat lain dari selsema

Selsema yang agak lama boleh menyebabkan kesan-kesan yang agak serius. Antara penyakit yang boleh dihidapi ialah bronchitis, layngitis, otitis media (berlaku jangkitan dalam telinga), sinusitis. Selalunya terdapat jangkitan kuman (bakteria), dan ini memerlukan pengambilan anti-biotik. Selain daripada itu, pesakit asma mungkin akan merasa lebih teruk.

Sila dapatkan rawatan lanjut sekiranya :

• anda mengalami kesukaran bernafas.

• demam yang kuat dan melebihi daripada seminggu.

• sakit telinga.

• sakit kepala yang kuat.

• lymph nodes (contohnya di bahagian leher) membengkak.



Flu....

Selsema adalah berbeza daripada influenza (flu). Flu adalah lebih merbahaya dan cara rawatannya adalah berlainan. Di samping rawatan, anda juga boleh mendapatkan imunisasi terhadap flu.

Sakit kepala dan badan yang lebih kuat dan batuk yang lebih teruk mungkin tanda-tanda flu. Tanda-tanda seperti hidung berair, hidung tersumbat dan sakit tekak lebih jarang terjadi jika dijangkiti flu berbanding selsema. Bagaimanapun, adalah penting untuk anda membuat rawatan lanjut sekiranya anda mengsyaki anda dijangkiti flu.






Monday, May 24, 2010

Mother's Day..Teacher's Day & Merayap Day..hehe

22 Mei 2010
- Sabtu -

HAri Yang Letih..
Tapi.......S e r o n o k!!!! (^_^)v
kenapa s e r o n o k?? ini adalah kerana perjalan yang langsung tak dirancang..
main hentam je nak g mana...

 pAGi2 g HQ ade sambutan hari ibu & guru.....
 CoMeL.....(^_^)


 CoLouRinG COnTesT


tQ to My Studentsssssssss....LoVe So MUch!!! (^_^)



Dan SeTeRusNya....IniLAh desTiNaSi KAmi...heheh....
IniLAh Dia TemPAt Di Mana KAmi PeRgi Dgn TiAda PerancanGAn....hehe


Kalau nk tau..kisahnye cm ni....
kami2 ni mmg nk g KL pun...niat dihati nk shopping...
mula2 pg naik train...kami2 pun naik la train kt batu 3 shah alam ni...
naik la dlm ladies coach...Ya Allah..punyalah ramai manusia dlm train tu....
dan telah menyebabkan adik ku yg sorang ni kesesakan kenafasan yg mmbuatkan kn dia pening..nk muntah....andddddddddd....rebah!!!aduhai....nasib bek la leh kawal lg...
akhirnye smpai kt Kg dato' harun kami pun TURUN...hah??x sampai KL lg nih....??
last2 patah blk g batu 3...amik kete & pg KL nek kete....hahahaha....lawak tul!!!kihkih..

Dan...bermula lah...PerJaLanan...hahaha..Tu pun entah kemana2 je pg....ikut suka TAyar keTe nk g mana..
hakhakhakkkksssssssssss (^_^)v

destinasi pertama...pg masjid Kg. BAru...Solat...
&
Makan...lalalalaa~


Destinasi seterusnya...TaSik TiTiwanGsa....
secara kebetulan....rupenye..Hot fm ade wat siaran luar...ape lg...g la join..hikhik






Dan SeTerusnyaaaa...pg PLak Kg PAndan...G Umah Nenek Angkat kawan ni...semuanya tanpa dirancang...
LAngit senja Kg.PAndan..hehe...


kami2 pun duduk la kt umah nenek tu....tumpang solat...borak2...



Ini Dia Destinasi Yang Memang LAngsung X ade dlm KOTAK FIKIRAN KU!!!!hah!!!
x tau pun mlm tu final..main trjah je...dpt tiket free....ahakkkkkkkks...ape2 pun mmg fun la....

pastu...kami2 pun blk le....mmg sgt letih....blk tu singgah mkn kt KFC...then blk umah...
sampai dlm kul 1 lbih....hukhuk....haisssssssssssssssssh..ape nk jadi le kamu ni LAILI!!!!

heheheee....ape2 pun thanks ngan LINDA & SEHA.....mmg sonok lah berJIMBA ngan KOrang...hikhik..

DAN BERAKHIRLAH PERJALANAN KAMI.........................(^_^)





Thursday, May 20, 2010

Kau Kekasih Ku...


Ya Allah kenapa lah perasaan itu masih ada dalam diri ku......
Dah penat dah memendam rasa macam nih!!!!!
huhuhuhu =(

"cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.Kepada mereka yang masih percaya,walaupun mereka telah dikhianati...kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..."




jom nyanyi.................lalalalalalalalala~  (^_^)

Indah di mata... indah dijiwa yang berahi
Bagaikan direnda... terpesona penuh asyik
Dan kubelai... sisir angin yang berbisik
Bukan rahsia... kau kekasih ku...

Pecahan ombak...yang menyentuh pipi ini
Pedih rasa hati... bagai ditusuk panah duri
Dan kusapu... kerna kabur pandanganku
Dalam langkah... tarian cintamu

Duhai malam... tiada bintang...
Menghiasi... taman kasih ini...
Hanya aku... sendirian...
Tak berteman... keseorangan...


Kekasih ku... hanya aku...
Yang memuja... sisa cinta ini...
Seandainya... ombak laut...
Surut lagi... aku pergi... oh...

Kekasih ku... oh...

Seiring camar pulang... setia pada janji
Itu doa ku... selama ini...


Dari mata... dari jiwa yang berahi
Makin kumengerti... istilah percintaan ini
Moga nanti... ada seru menyatakan
Kau kekasih... hingga ke akhirnya...
Kau kekasih... hingga ke akhirnya...
Oh... kekasih


by Siti Nurhaliza......

Tuesday, May 18, 2010

Petua Nak Cari Pasangan...heheh (^_^)

Assalamualaikum....
hehehe....petua nak cari pasangan...dpt from kwn yg tag kt FB...(tQ aini) (^_^)..nak try la..mana tahu menjadi...hehehe
lagi pun ngah mencari ni...ahakkkkkkkkssss
ADA SESAPE YANG LEH CARIKAN TAK????? heheeee

laili nak try ini petua.....laili nk try ini petua..lalalalalaalalalala.................( ^__^)


 
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha.

2. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.



SEDANG MENCARI KEKASIH HALAL....KIHKIHKIH....(^_^)

jadikanlah diriku ketua bidadarimu....
yang menjadi kekasih hati ku selepas Allah dan Rasul..
yang menjadi imam ku..membimbingku menuju Ilahi.....

Monday, May 17, 2010

...DiKala ini....

Dikala ini...
aku dilanda kerinduan...dikala ini macam-macam yang kurasakan...huhuhu...
Ya Allah...kenapalah dengan diri ku ini...
rasa macam dah tak larat sangat...penat....
terlalu banyak yang ku pendam...
Sahabat...aku sangat merindui mu...tiada lagi yang dapat mendengar ku...seperti mana diri mu...
sesungguhnya ku telah merima hakikat itu...tapi...entah kenapa aku tidak setabah dan sekuat dulu...

Letih...penat....
Ya Allah hindarkan lah aku dari letih dan penat menuju redha Mu...
Ku harap petunjuk Mu....ku harap keredhaan Mu...
Teguhkan lah iman ku...Kau tabahkan lah hati ku dalam menempuh hidup ini Ya Allah...
Amin....


Friday, May 14, 2010

..NotA CiNtA..

                          



Cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi,cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam,di mana ada cinta,di situ ada kehidupan,manakala kebencian membawa kemusnahan


Perasaan cinta itu dimulai dari mata sedangkan rasa suka dimulai dari telinga,jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga...tapi apabila kamu cuba menutup mata dari orang yang kamu cintai,cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama


Jika engkau mencintai dan menyayangi seseorang dengan sangat....Maka lepaskanlah dia, bila itu yang terbaik untuknya....Dan jika dia kembali lagi,maka dia akan menjadi milikmu untuk selamanya....


Cinta adalah cara bercerita tentang dirimu,menatap kepergianmu, dan cara tersenyum saat menatap indah wajhmu

 

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba...jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup...jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya


Andai kau ingin bersahabat,terimalah dia seadanya...kerna dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa...Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna,Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tetapi bersahabatlah kerana Ukhwah Fillah



Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan...kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya...Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya



Thursday, May 13, 2010

* FrOm BeRuSrah BerSaMA...SGT SUKA...


asslmaualaikum w.t.w

Walau apa pun status kita di muka bumi ini kita sentiasa berharap kepada pertolongan Allah.

SEBAGAI seorang Muslim, kita mengakui bahawa kewujudan kita di alam ini didahului oleh tiada kepada ada. Kita hadir ke dunia ini dalam keadaan yang serba lemah dan tidak mengerti apa-apa, melalui proses kelahiran dari perut seorang ibu yang dicampakkan oleh Allah SWT perasaan sayang dan belas kepada anak yang dilahirkan.

Berbeza dengan Allah SWT yang tidak ada permulaan dan pengakhiran pada kejadian-Nya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Kaya dan Maha Penyayang.

Kejadian diri kita yang memerlukan sepenuhnya kepada Pencipta, mengingatkan kepada keperluan wajib diri kita kepada kurniaan dan pertolongan Allah SWT pada setiap waktu. Kebergantungan kita kepada Allah adalah hakikat diri kita yang semestinya diakui penuh sedar dan insaf oleh semua yang bernama makhluk.

Sheikh Ibnu Atoillah r.a mengungkapkan dalam kalam hikmahnya:

“Keperluan kamu adalah hakikat semulajadi bagi kejadian dirimu, sedangkan kemunculan pelbagai sebab mengingatkan kamu kepada sesuatu yang tersembunyi tentang hakikat tersebut, dan keperluan yang semulajadi itu tidak dapat diangkat oleh perkara-perkara yang mendatang”.

Lumrah manusia sering lupa dan alpa terhadap keperluan dan hakikat dirinya apabila dia sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dapat memiliki segala keinginannya. Jauh sekali untuk mengakui kesilapan dan kelemahannya.

Oleh itu, Allah dengan sifat kelembutan dan pengasih-Nya menarik hamba-hamba-Nya kepada-Nya dengan rantai ujian dan pelbagai sebab seperti kefakiran dan kesakitan untuk mengingatkan mereka tentang keperluan hakikat dirinya yang tersembunyi itu kepada-Nya.
SUBHANALLAH... BGTU MAHA P'ASIHNYA ALLAH kpd kita hmba2xNYA...


Cakap Berapi BUat Berasap....

Dah kata dah x suka ckp...tp knape perlu diam....ckp je la trus terang..tul x???pandai ckp, sbelum ckp fikir dulu...sebelum buat fikir dulu...tapi gayanya mcm dah fikir tapi buatnya...??indah kata?????siapa kita nk ukur buruk baik dan amal seorang manusia....Allah dah bg secukupnye....fikir la ye...pandai2 la nk guna...

SO JANGAN CAKAP BERAPI BUAT BERASAP.....


Wednesday, May 12, 2010

...Tak Pernah Ku Minta...

Adalah saya tak pernah minta sesiapa untuk puaskan hati saya................terima kasih.......

Jika berdiam itu boleh selesaikan semua perkara...baik duduk tengah jalan tunggu kene langgar atau pun naik la bangunan tinggi mana sekalipun dan terjun...itu rasanya lebih baik kut.....dan kalau macam tu semua orang leh jadi perdana menteri atau ape2 perdana sekalipun la...sebab senang je...diam diri semua benda leh selesai.....HEBATKAN????So mari sama2 berdiam diri.............

SEKIAN, TERIMA KASIH......