Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan air mata. Tetapi segagah gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah satu hari mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil ia itu CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang di anggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira. Aneh, tetapi itulah hakikatnya.Munkin Tuhan mengiginkan kita bertemu dengan bercinta orang yang salah sebelum bertemu orang yang tepat. Kita harus berterima kasih atas kurniaan ini.
Perasaan cinta itu di mulai dari mata, sedangkan rasa suka di mulai dari telinga. Jika kita mahu berhenti dari menyukai seseorang cukup dengan menutup telinga. Tetapi apabila kamu cuba tutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan airmata dan terus tinggal di hatimu dalam jangka waktu yang lama.Tuhan menciptakan 100 kasih sayang, yang disimpanNya hanya satu bahagian dan diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Terputus cinta itu memang menyedihkan. Harus di ingat bahwa perpisahan itu di tentukan oleh jarak dan waktu. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu saperti hujan - walau lebat atau lama pasti akan reda jua.Hati hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal mnjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi hamba, jika cinta itu disambut oleh Pencinta palsu!
Jangan kerana cinta kita gugur dari perjuangan dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersemai.Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka saperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Tuhan memberi kita dua kaki untok berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi kepada sesaorang untuk kita mencarinya. Itulah nama nya Cinta! Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kita masih mampu tersenyum dan berkata: Aku turut bahagia untuk mu.
Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan. Cinta pertama adalah kenangan, cinta kedua menjadi pengajaran dan cinta seterusnya adalah keperluan. Kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang di anugerahkan itu sebaik baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Ibararatkan kehilangan cinta itu saperti hilangnya cincin permata di lautan luas yang tidak bertepi. Ia harus di lupakan. Cintailah sesaorang itu dengan sederhana kerana munkin satu hari kamu akan membencinya dan benci lah sesaorang itu dengan sederhana kerana munkin satu hari kamu akan mencintainya